Wednesday 22 February 2012

cabaran. . .


cabaran adalah kehidupan.
tanpa cabaran diri tidak tercabar.
tidak dicabar dan tidak berubah.
tidak terasa dihati untuk mengubah.
menjadi yang lebih baik dari hari ini.

cabaran mengajar sejuta erti.
menampakkan garis-garis kejayaan disebalik laluan yang perit.
mungkin diri tidak betah berbicara tentang kehidupan.
namun yang ada harus dilalui.
ilmu untuk dikongsi,
tinta perlu dicari..
melayar lorong kedukaan berteman sepi,
kembalilah pada yang Esa.
itu cabaran terunggul.
jangan rebah wahai pejuang.
Mujahid lah pi sabilillah!


menulis sendiri.
kendiri menguji.
petahkan lidah, pantaskah jemari?
berkongsi puitis mengajar erti.
inilah cabaran buat insan..
seperti aku..




































Tuesday 14 February 2012

siapa aku?


siapa kau?
sahabat, rakan atau kenalan?
dan aku siapa bagi kau?
masih adakah yang menghargai tika duka menghimpit sunyi?
aku tak mengharap belas kau,
tidak sekali aku minta simpati kau.

kita akan kembali padaNya..
janganlah ego padaku.
berilah sedikit panduan untukku.
agar aku tahu mana jalan dan mana curamnya.
dukamu kurasa, adakah sukamu sukar kukongsi?

ku tak harap kan penghargaan kau.
apa yang aku mahu hanyalah perkongsian.
ruang untuk aku meluahkan...
monolog hatiku ini~


merindui tika bersama,
memorabilia sahabat seperjuangan.
terima kasih atas keakraban semua,
kamu akan dihatiku. tabahlah menghadapi hidup~